Thursday, January 26, 2012

Apa Itu Kaunseling?

KAUNSELING bukan bermaksud memberi nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Namun kaunselor tidak memberi jawapan secara angsung kepada semua persoalan klien. Kerana apa yang baim untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien. Keistemewaan khidmat kaunseling ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah kepada isu yang dihadapi.

Oleh itu kaunseling bukan mermaksud nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah Dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya Dalam permasalahannya bukan masalahnya.

Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran baru melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.

Definisi Kaunseling

Menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974), Kaunseling adalah satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/ atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan.

Krumboltz (Georange & Cristiani, 1990), pula mengatakan, kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor Dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.

Patterson(1967) Dalam bukunya The Conselor in the School, menjelaskan bahawa kaunseling ialah suatu proses yang melibatkan perhubungan diantara seorang terapis dengan seorang klien atau lebih, yang mana terapis menggunakan kaedah-kaedah psikologi berdasarkan kepada pengetahuan yang sistematik mengenai personaliti Dalam usaha memperbaiki kesihatan mantal klien.

Carl Rogers Dalam bukunya Caunseling and Psychotherapy, menyebut kaunseling sebagai suatu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya ia dapat disesuaikan dengan diri seseorang itu.

Abdul Halim (1990) mengatakan kaunseling ialah sebagai suatu kegiatan bersifat psikologikal untuk membantu manusia lain membantu dirinya dengan cara yang sistematik dan bertanggung jawab.

Sementera itu mengikut Nur Aini (1989) konsep kaunseling Dalam Islam membawa maksud petunjuk serta bimbingan dan menyeru manusia ke jalan Allah atau menyebarkan dakwah islamiah untuk mendapatkan keredaannya

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Prinsip Kaunseling

  1. Manusia mempunyai harga diri.
  2. Manusia itu unik.
  3. Manusis yang memiliki personaliti yang bersepadu juga memiliki personaliti yang sihat.
  4. Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.
  5. Manusia berkembang melalui proses sosialisasi.

Proses Kaunseling

  1. Menyediakan pra-sesi
  2. Membina hubungan(melayan, mendengar dan memahami)
  3. Meneroka dan menganalisis masalah
  4. Mengenalpasti masalah
  5. Membincangkan alternatif
  6. Mengambil tindakan
  7. Menamatkan sesi

Sesi Kaunseling Individu

Sesi Kaunseling Individu merupakan salah satu sesi yang perlu dijalankan kepada semua Murid. Kebanyakkan sesi yang dijalankan meliputi bidang peribadi, akademik, kekeluarga, kes disiplin, kemahiran belajar, perundingan kaunseling ibu bapa, kerjaya, psikososial dan sebagainya.


Sesi Kaunseling Kelompok

Kaunseling Kelompok diadakan antara tiga atau lebih individu.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri dan membentuk perubahan tingkahlaku ahli-ahli kelompok.


Jenis-jenis Kelompok.

(1) Kelompok Bimbingan. – Contoh-contoh tajuk yang diperbincangkan: masalah sosial (bahaya dadah), pengurusan masa, kemahiran belajar, pemilihan kerjaya, persediaan peperiksaan, menjalani ujian personaliti, pengurusan stres dan sebagainya.

(2) Kelompok Kaunseling – Kelompok ini diadakan antara lima hingga sepuluh orang. Berbincang sesama ahli dengan penyeliaan kaunselor.

(3) Kelompok lain – kelompok terapi, kelompok rujukan, kelompok jemputan dan sebagainya.


Kelebihan Kaunseling Kelompok.

(1) Sangat praktik- Tugas kaunselor banyak. Jimat masa-Selesaikan masalah yang sama secara kelompok.

(2) Berkaitan dengan jenis masalah yang dihadapi klien- Masalah interpersonal- lebih percaya rakan sebaya.

(3) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru Dalam keadaan selamat dengan sokongan ahli-ahli lain.

(4) Klien akan merasa kurang tertekan apabila mengetahui orang lain juga mempunyai masalah yang sama.

Unsur-unsur terapeutik Dalam kaunseling kelompok.

(1) Memberi harapan kepada klien.
(2)
Perasaan selamat dan mendapat sokongan.
(3)
Kesatuan antara ahli-ahli.
(4)
MemMuridi sesuatu dari ahli lain.
(5)
Pembelajaran interpersonal (perorangan)

Prinsip Kerahsiaan Dalam Kaunseling.

(1) Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad. Dalam situasi tertentu boleh dedahkan.
(2)
Kerahsiaan dipelihara sekiranya tidak menggugat hak individu lain atau orang ramai.
(3) Kerahsiaan sesuatu yang tlh diketahui umum - kaunselor tidak terikat dengan kerahsiaan lagi.

Kepentingan Kerahsiaan

(1) Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan

(2) Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayan

Situasi pengecualian kerahsiaan.

(1) Klien membahayakan diri dan orang lain.

(2) Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan.

(3) Mahkamah meminta maklumat didedahkan.

(4) Kaunselor mencurigai klien seperti ada penderaan berlaku.

Aktiviti/ Program Kaunseling

Perundingan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling Bantura selalu berjumpa dan menjemput ibu bapa bagi membincangkan perkembangan potensi anak-anak mereka, masalah disiplin dan perkembangan kerjaya Murid. Di samping itu juga UBK merupakan perantara di antara guru dan Murid. Kebanyakan guru merujuk Murid yang memerlukan bimbingan dan yang bermasalah disiplin.

Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP )

Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama dengan Unit Pentadbiran menjalankan beberapa Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDAP) terhadap semua guru dan kakitangan.

Bimbingan PRS

Unit Bimbingan & Kaunseling merupakan Penasihat kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).Kaunselor selalu menjalankan kelas bimbingan PRS pada setiap hari Khamis setiap minggu (tertakluk kepada perubahan tarikh dan masa serta kesesuaian Murid dan kaunselor). Kelab PRS merupakan satu kelab yang sentiasa membantu UBK dan perantara di kalangan Murid lain. Ahli kelab PRS didedahkan tentang beberapa ilmu pengetahuan seperti kemahiran kaunseling, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran oranganisasi, mengendalikan beberapa ujian personaliti dan sebagainya.

Rasional

Murid lebih mudah ditemui dan diperngaruhi oleh rakan mereka. Oleh itu, penggunaan pengaruh rakan sebaya untuk menyampaikan mesej antidadah dan mengajak mereka supaya memainkan peranan yang lebih berkesan perlu diperluaskan Dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan, keluarga dan masyarakat sekitar.

Objektif

  1. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah.
  2. Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh Dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.
  3. Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung dengan Guru Bimbingan & Kaunseling
  4. Memberi khidmat sukarela Dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan.

KURSUS KEPIMPINAN SK ST MARTIN 2012

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN SK ST MARTIN 2012
SK ST MARTIN MERDANG, SAMARAHAN
TARIKH
03 Febuari 2012 (Jumaat)
Masa : 0715 hingga 1230
TEMPAT
Dewan Kg Merdang Lumut

1.0 Pengenalan

Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Para pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.

2.0 Objektif

2.1 Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pengawas dapat:
2.1.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
2.1.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
2.1.3 Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
2.1.4 Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.
2.1.5 meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
2.1.6 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
2.1.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.
2.1.8 Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

3.0 Tarikh dilaksanakan
03 Febuari 2012 ( Jumaat)

4.0 AJK Pelaksana
Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : En Ricky Anak Gundah (Guru Besar)
Naib Pengerusi : 1. Pn. Suraya Binti Abdulah (PK 1)
2. En. Sapri Bin Ali (PK HEM)
3. Puan Katina Ak Manchal (PK KK)
Penyelaras : Puan Connie ak Achen
Setiausaha : En. Jabit Bin Sopining
Bendahari : Puan Siti Afzan Binti Khalik
ICT : 1. En. Dantes Ak Din
2. En. Jabit bin Sopining
Ajk Siaraya : Encik Lee Ak Giyang
Keselamatan dan
Disiplin : 1. Puan Connie ak Achen
2. En. Hamden Bin Glass
Peralatan : 1. En. Rashdi Bin Sapee
2. En. Dantes Ak Din
Kebersihan dan
Hadiah & Sijil : 1. Puan Siti Afzan Binti Khalik
2. En. Kalana Bin Suhaili
Ajk Makanan : 1. Ustazah Zainon
2. Ustazah Azura
3. Ustazah Wan Khairiyah
4. Puan Norlida Ahmad
5.0 Tempat
Balai Raya Kampung Merdang

6.0 Penutup

Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk meningkatkan keyakinan murid untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh membantu guru. Disamping itu, program ini banyak membantu murid untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dan mampu mengurangkan beban guru dalam mengawal murid-murid sekolah.

Wednesday, January 25, 2012

Kertas Cadangan Penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT MARTIN MERDANG, SAMARAHAN

1.0 RASIONAL

Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

2.0 MATLAMAT

Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.
3.2 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan.
3.3 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri.
3.4 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
3.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.
3.6 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

4.0 KUMPULAN SASAR
Pelajar yang berminat:
Kumpulan Perintis - Tahun 3, 4 dan 5 seramai 6 orang pelajar lelaki dan perempuan tahun 2012 di bawah kelolaan seorang jurulatih / guru pembimbing.

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Guru Besar
Penyelaras : Guru Bimbingan
Pengerusi : Murid Tahun 6
Naib. Pengerusi : Murid Tahun 5
Setiausaha : Murid Tahun 6
Bendahari : Murid Tahun 5
AJK : Murid Tahun 4


6.0 PROSES
Pelan Tindakan Penubuhan PRS
(Rujuk Lampiran 1)


7.0 SUMBER KEWANGAN
7.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS akan diadakan pada peringkat dalaman sahaja iaitu dikendalikan oleh Guru Kaunseling dengan menjalankan aktiviti-aktiviti asas dalam bidang Perkembangan Diri dan Kemahiran Asas Komunikasi. Selain itu, PRS akan memiliki identity diri dengan memakai ‘Vest’ yang akan digunakan setiap hari bila hadir ke sekolah. Anggaran perbelanjaan untuk ‘Vest’ itu adalah seperti berikut:

i. Vest PRS – RM 32.00 sepasang X 10 pasang = RM 320.00

9.0 PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )

Pemilihan PRS sekolah dilakukan berdasarkan langkah-langkah berikut:
LANGKAH 1
Kaedah 1
Guru Kaunseling mengiklan di papan kenyataan tentang pemilihan PRS baru.
Masa yang diperuntukkan adalah dalam tempoh seminggu ( 7 hari ) dari tarikh iklan.
Pelajar yang berminat diminta untuk mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Kaedah 2
Dengan mengedarkan soal selidik. Pelajar-pelajar diminta memilih dan mencatatkan nama pelajar lain yang mereka merasa selesa untuk berbincang tentang sebarang masalah / persoalan.

Kaedah 3
Guru memilih dan mengisi borang cadang nama pelajar yang dianggap sesuai dilantik sebagai PRS.

LANGKAH 2
Kaedah 1
Semua nama pelajar yang dicalonkan akan disenaraikan. Guru Kaunseling akan membuat satu pemberitahuan tentang tarikh, masa, dan tempat untuk calon-calon PRS mengikuti ujian personaliti.
ATAU
Kaedah 2
Sekiranya bilangan pencalonan tidak melebihi 30 orang, maka satu sesi temuduga akan dijalankan untuk memilih calon-calon yang layak dilantik sebagai PRS.
Calon yang terpilih adalah layak untuk mengikuti latihan asas PRS yang akan dimaklumkan.

10.0 PENUTUP

Membina program memerlukan perancangan dan perbelanjaan. Ini merupakan titik mula untuk memperkembangkan PRS dalam sekolah sebagai sebahagian daripada pasukan yang dapat memberikan manfaat kepada sekolah. Pengorbanan, minat yang berterusan, kerjasama serta komitmen yang tinggi sangat diperlukan daripada semua warga SK St. Martin Merdang agar potensi dan daya yang ada pada PRS dapat memberi banyak kebaikan melalui moto ‘bantu diri untuk membantu orang lain’. Janganlah dibiarkan PRS hidup segan mati tak mahu atau mereka akan memikul bahu tiada, akan menjunjung kepada luncung bermakna tidak berdaya mengerjakan tugas kerana tiada ilmu. Akronim keramat PRS nanti terus diperolok-olokkan dengan pelbagai jolokan dan gelaran yang menyakitkan telinga seperti perosak rakan sebaya ataupun pengedar rokok sekolah.


Disediakan oleh,



………………………..
(Jabit Bin Sopining)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
SK St. Martin Merdang, Samarahan

Diluluskan oleh,


…………………………
(Ricky Anak Gundah)
Guru Besar
SK St. Martin Merdang Samarahan

Jawatankuasa Unit Bimbingan dan kaunseling 2012

Carta Organisasi UBK Sk St Martin