Apa Itu Kaunseling?
KAUNSELING bukan bermaksud memberi nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Namun kaunselor tidak memberi jawapan secara angsung kepada semua persoalan klien. Kerana apa yang baim untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien. Keistemewaan khidmat kaunseling ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah kepada isu yang dihadapi.
Oleh itu kaunseling bukan mermaksud nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah Dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya Dalam permasalahannya bukan masalahnya.
Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran baru melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.
Definisi Kaunseling
Menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974), Kaunseling adalah satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/ atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan.
Krumboltz (Georange & Cristiani, 1990), pula mengatakan, kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor Dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.
Patterson(1967) Dalam bukunya The Conselor in the School, menjelaskan bahawa kaunseling ialah suatu proses yang melibatkan perhubungan diantara seorang terapis dengan seorang klien atau lebih, yang mana terapis menggunakan kaedah-kaedah psikologi berdasarkan kepada pengetahuan yang sistematik mengenai personaliti Dalam usaha memperbaiki kesihatan mantal klien.
Carl Rogers Dalam bukunya Caunseling and Psychotherapy, menyebut kaunseling sebagai suatu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya ia dapat disesuaikan dengan diri seseorang itu.
Abdul Halim (1990) mengatakan kaunseling ialah sebagai suatu kegiatan bersifat psikologikal untuk membantu manusia lain membantu dirinya dengan cara yang sistematik dan bertanggung jawab.
Sementera itu mengikut Nur Aini (1989) konsep kaunseling Dalam Islam membawa maksud petunjuk serta bimbingan dan menyeru manusia ke jalan Allah atau menyebarkan dakwah islamiah untuk mendapatkan keredaannya
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
Prinsip Kaunseling
- Manusia mempunyai harga diri.
- Manusia itu unik.
- Manusis yang memiliki personaliti yang bersepadu juga memiliki personaliti yang sihat.
- Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.
- Manusia berkembang melalui proses sosialisasi.
Proses Kaunseling
- Menyediakan pra-sesi
- Membina hubungan(melayan, mendengar dan memahami)
- Meneroka dan menganalisis masalah
- Mengenalpasti masalah
- Membincangkan alternatif
- Mengambil tindakan
- Menamatkan sesi
Sesi Kaunseling Individu
Sesi Kaunseling Individu merupakan salah satu sesi yang perlu dijalankan kepada semua Murid. Kebanyakkan sesi yang dijalankan meliputi bidang peribadi, akademik, kekeluarga, kes disiplin, kemahiran belajar, perundingan kaunseling ibu bapa, kerjaya, psikososial dan sebagainya.
Sesi Kaunseling Kelompok
Kaunseling Kelompok diadakan antara tiga atau lebih individu.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri dan membentuk perubahan tingkahlaku ahli-ahli kelompok.
Jenis-jenis Kelompok.
(1) Kelompok Bimbingan. – Contoh-contoh tajuk yang diperbincangkan: masalah sosial (bahaya dadah), pengurusan masa, kemahiran belajar, pemilihan kerjaya, persediaan peperiksaan, menjalani ujian personaliti, pengurusan stres dan sebagainya.
(2) Kelompok Kaunseling – Kelompok ini diadakan antara lima hingga sepuluh orang. Berbincang sesama ahli dengan penyeliaan kaunselor.
(3) Kelompok lain – kelompok terapi, kelompok rujukan, kelompok jemputan dan sebagainya.
Kelebihan Kaunseling Kelompok.
(1) Sangat praktik- Tugas kaunselor banyak. Jimat masa-Selesaikan masalah yang sama secara kelompok.
(2) Berkaitan dengan jenis masalah yang dihadapi klien- Masalah interpersonal- lebih percaya rakan sebaya.
(3) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru Dalam keadaan selamat dengan sokongan ahli-ahli lain.
(4) Klien akan merasa kurang tertekan apabila mengetahui orang lain juga mempunyai masalah yang sama.
Unsur-unsur terapeutik Dalam kaunseling kelompok.
(1) Memberi harapan kepada klien.
(2) Perasaan selamat dan mendapat sokongan.
(3) Kesatuan antara ahli-ahli.
(4) MemMuridi sesuatu dari ahli lain.
(5) Pembelajaran interpersonal (perorangan)
Prinsip Kerahsiaan Dalam Kaunseling.
(1) Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad. Dalam situasi tertentu boleh dedahkan.
(2) Kerahsiaan dipelihara sekiranya tidak menggugat hak individu lain atau orang ramai.
(3) Kerahsiaan sesuatu yang tlh diketahui umum - kaunselor tidak terikat dengan kerahsiaan lagi.
Kepentingan Kerahsiaan
(1) Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan
(2) Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayan
Situasi pengecualian kerahsiaan.
(1) Klien membahayakan diri dan orang lain.
(2) Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan.
(3) Mahkamah meminta maklumat didedahkan.
(4) Kaunselor mencurigai klien seperti ada penderaan berlaku.
Aktiviti/ Program Kaunseling
Perundingan Kaunseling
Unit Bimbingan dan Kaunseling Bantura selalu berjumpa dan menjemput ibu bapa bagi membincangkan perkembangan potensi anak-anak mereka, masalah disiplin dan perkembangan kerjaya Murid. Di samping itu juga UBK merupakan perantara di antara guru dan Murid. Kebanyakan guru merujuk Murid yang memerlukan bimbingan dan yang bermasalah disiplin.
Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP )
Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama dengan Unit Pentadbiran menjalankan beberapa Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDAP) terhadap semua guru dan kakitangan.
Bimbingan PRS
Unit Bimbingan & Kaunseling merupakan Penasihat kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).Kaunselor selalu menjalankan kelas bimbingan PRS pada setiap hari Khamis setiap minggu (tertakluk kepada perubahan tarikh dan masa serta kesesuaian Murid dan kaunselor). Kelab PRS merupakan satu kelab yang sentiasa membantu UBK dan perantara di kalangan Murid lain. Ahli kelab PRS didedahkan tentang beberapa ilmu pengetahuan seperti kemahiran kaunseling, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran oranganisasi, mengendalikan beberapa ujian personaliti dan sebagainya.
Rasional
Murid lebih mudah ditemui dan diperngaruhi oleh rakan mereka. Oleh itu, penggunaan pengaruh rakan sebaya untuk menyampaikan mesej antidadah dan mengajak mereka supaya memainkan peranan yang lebih berkesan perlu diperluaskan Dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan, keluarga dan masyarakat sekitar.
Objektif
- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah.
- Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh Dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.
- Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung dengan Guru Bimbingan & Kaunseling
- Memberi khidmat sukarela Dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan.
No comments:
Post a Comment