MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING BIL 1/2012


Tarikh : 18 Januari 2012
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Guru Sk. St Martin, Merdang
Hadir;
1. Encik Ricky Ak gundah (Guru Besar)
2. Puan Suraya Binti Abdulah (GPK 1)
3. Encik Sapri Bin Ali (GPK HEM)
4. Puan Katina Ak Manchal (GPK Ko-Kurikulum)
5. Encik Jabit Bin Sopining (Setiausaha)
6. Encik Peter Wellins Pilts
7. Encik Rashdie Bin Sapee
8. Puan Priscilla Ak Nanot
9. Encik Aja Ak Gunting
10. Encik Kalana Bin Suhaili
11. Encik Dantes Ak Din
12. Encik Lee Ak Giyang
13. Encik Ritchie Ak Edmund
14. Encik Tan Lai Choon
15. Ustazah Wan Khairiyah
16. Ustazah Zainon Binti Amin
17. Cik Siti Mariam Bin Muhammad
18. Puan Nora Ak Nanta
19. Puan Connie Ak Achen
20. Puan Fravlein Suzzane
21. Puan Norlida Binti Sirat
1.0 Perutusan Pengerusi (Guru Besar)
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru yang terlibat dan mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pada pagi ini.
1.2 Pengerusi menyatakan bahawa semua guru perlu tahu bagaimana unit bimbingan ini dijalankan.
1.3 Pengerusi juga menyatakan bahawa semua perancangan unit ini akan dibentangkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
2.0 Perlantikan & penyusunan Struktur Jawatankuasa
2.1 Guru Bimbingan memaklumkan senarai jawatankuasa induk dalam unit bimbingan dan kaunseling serta jawatankuasa bimbingan dan kaunseling. (Rujuk lampiran A).
Tindakan: Ajk Terlibat
3.0 Rancangan Tahunan Unit Bimbingan Dan Kaunseling
3.1 Guru Bimbingan juga menerangkan secara ringkas program yang dijalankan sepanjang tahun 2012 mengikut takwim Unit Bimbingan dan Kaunseling. (Takwim : sila rujuk lampiran B).
Tindakan: Untuk Makluman
4.0 Penubuhan Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya.
4.1 Guru Bimbingan telah menjelaskan tentang tujuan Penubuhan Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya. (Kertas Kerja Penubuhan, sila rujuk lampiran C).
Tindakan: Untuk Makluman
5.0 Kolaborasi dengan Guru Pemulihan
5.1 Sebahagian daripada PCG kaunseling boleh digunakan oleh Guru Pemulihan bagi kegunaan membeli keperluan aktiviti pemulihan.
Tindakan: Guru Bimbingan dan Guru Pemulihan
6.0 Program Kursus Kepimpinan Pengawas.
6.1 Kursus Kepimpinan Pengawas akan dijalankan pada 03 Februari 2012, bertempat di Balai Raya Kg. Merdang.
6.2 Sumber kewangan bagi program ini adalah daripada “Bantuan Modal” sekolah. Guru Besar memaklumkan bahawa sumber ini boleh digunakan untu pembangunan modal insan.
6.3 Encik Sapri bin Ali mencadangkan agar En. Lee Ak Giyang dilantik sebagai AJK Siaraya dan telah dipersetujui. AJK lain dalam Unit Bimbingan telah dilantik. (Rujuk lampiran D).
6.4 Encik Sapri juga mencadangkan agar surat memohon kebenaran menggunakan balai raya perlu dibuat.
6.5 Guru besar memaklumkan bahawa semua aktiviti yang menggunakan Balai Raya Kg. Merdang perlu dimaklumkan kepada penghulu.
Tindakan: Ajk Pelaksana
7.0 Hal-Hal Lain.
7.1 Guru besar memaklumkan bahawa semua program yang telah dijalankan perlu didokumentasikan sebagai bukti perlaksanaan program.
Tindakan: Untuk Makluman
7.2 Cikgu Lee mencadangkan agar jawatankuasa PPDa dan pameran di papan kenyataan perlu diwujudkan.
Tindakan: Encik Kelana dan Guru Bimbingan
7.3 Besar telah menjelaskan bahawa PRS tidak perlu diberi jadual sama seperti Pengawas.
Tindakan: Untuk Makluman
7.4 Guru bimbingan boleh menggunakan masa pendidikan moral dan pendidikan Kesihatan sebagai masa untuk bimbingan dalam kelas dengan syarat, perlu berbincang dengan guru matapelajaran yang berkaitan.
Tindakan: Untuk Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 09.45 pagi.
Disediakan oleh,

(Jabit Bin Sopining)
Setiausaha,
Unti Bimbingan dan Kaunseling,
Sk. St. Martin Merdang
Disemak oleh,

(Ricky Anak Gundah)
Guru Besar,
Sk. St. Martin Merdang.