KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN SK ST MARTIN 2012
SK ST MARTIN MERDANG, SAMARAHAN
TARIKH
03 Febuari 2012 (Jumaat)
Masa : 0715 hingga 1230
TEMPAT
Dewan Kg Merdang Lumut
1.0 Pengenalan
Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Para pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.
2.0 Objektif
2.1 Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pengawas dapat:
2.1.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
2.1.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
2.1.3 Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
2.1.4 Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.
2.1.5 meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
2.1.6 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
2.1.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.
2.1.8 Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
3.0 Tarikh dilaksanakan
03 Febuari 2012 ( Jumaat)
4.0 AJK Pelaksana
Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi : En Ricky Anak Gundah (Guru Besar)
Naib Pengerusi : 1. Pn. Suraya Binti Abdulah (PK 1)
2. En. Sapri Bin Ali (PK HEM)
3. Puan Katina Ak Manchal (PK KK)
Penyelaras : Puan Connie ak Achen
Setiausaha : En. Jabit Bin Sopining
Bendahari : Puan Siti Afzan Binti Khalik
ICT : 1. En. Dantes Ak Din
2. En. Jabit bin Sopining
Ajk Siaraya : Encik Lee Ak Giyang
Keselamatan dan
Disiplin : 1. Puan Connie ak Achen
2. En. Hamden Bin Glass
Peralatan : 1. En. Rashdi Bin Sapee
2. En. Dantes Ak Din
Kebersihan dan
Hadiah & Sijil : 1. Puan Siti Afzan Binti Khalik
2. En. Kalana Bin Suhaili
Ajk Makanan : 1. Ustazah Zainon
2. Ustazah Azura
3. Ustazah Wan Khairiyah
4. Puan Norlida Ahmad
5.0 Tempat
Balai Raya Kampung Merdang
6.0 Penutup
Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk meningkatkan keyakinan murid untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh membantu guru. Disamping itu, program ini banyak membantu murid untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dan mampu mengurangkan beban guru dalam mengawal murid-murid sekolah.
No comments:
Post a Comment